Alhamdulillah. .akhirnya perhimpunan sempena sepuluh tahun INTEL97 berjalan dgn bergayanya walaupun terdpt kekurangan. Jutaan terima kasih kepada rakan2 yg hadir, spouse2 yg memberi sokongan drpd dekat mahu pun dari kejauhan serta tak lupa juga rakan2 yg terlibat membantu bagi menjayakan gathering ini.
Majlis diserikan oleh 'short talk' oleh En. Zainal Badri tentang Silaturrahim , persembahan slide & tukaran hadiah oleh ahli2 yg hadir.
Cik Pengerusi Majlis telah mendera semua yg hadir dgn tiap seorg kena bg sepatah dua kata. Mak aih.. ramai yg berderau darah bila dihulur microphone...Tapi masih lagi sporting, sampaikan ada yg ckp pjg pulak dlm dok nervous2 tu..haha
Kepada yg nak hadir tapi tidak dapat hadir disebabkan aral, InsyaAllah.. kita tetap akan adakan pertemuan dari semasa ke semasa seperti biasa. Harapnya ikatan kita akan berkekalan, silaturrahim bertambah erat.
Terima kasih daun keladi. Raya Haji ni insyaAllah kita gathering lagi..